Latest News

Tuesday 18 November 2014

#BajetKedah2015: Ucapan Perbahasan Adun Pantai Merdeka


Dalam ucapan perbahasan ADUN Pantai Merdeka YB Ali Yahaya, beliau turut bersetuju dengan beberapa pandangan yg dibangkitkan di dalam dewan tentang keperluan supaya kerajaan negeri membina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga rm100k. Malah beliau turut mencadangkan agar ditubuhkan Lembaga Perumahan Negeri bagi menyelaraskan segala permasalahan mengenai perumahan serta dapat memantau pemaju-pemaju perumahan yg dilihat lebih ghairah untuk membina perumahan mewah berbanding perumahan mampu milik.

ADUN Pantai Merdeka turut menegur kesilapan Kerajaan Negeri Kedah yg terdahulu yg dilihat tergesa gesa membina Kampus Tetap KUIN hingga menyebabkan Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini.menangggung beban hutang yg tinggi.

ADUN Pantai Merdeka turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah mencari inisiatif untuk membantu anak-anak Kedah yg mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR ditempatkan di dalam sekolah2 berasrama penuh.

ADUN Pantai Merdeka turut mencadangkan agar peruntukan bantuan bencana alam seperti puting beliung baru2 ini diberikan kepada Pejabat Daerah. Cadangan ini turut disokong oleh ADUN Kota Seputeh.

ADUN Pantai Merdeka turut memohon agar jalan pintas di antara Batu Lintang ke Pantai Merdeka dipercepatkan kerana ianya menjadi laluan utama rakyat sekitar untuk ke Hospital Sungai Petani.

#SidangDunKedah #BajetKedah2015 #Kedah #KedahSerataRata
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #BajetKedah2015: Ucapan Perbahasan Adun Pantai Merdeka Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top