“Jalan keluar untuk penyakit yang dihadapi oleh UMNO ini adalah jangan tolak ansur dalam soal kualiti. Sebagai perumpamaan, orang sakit tidak mahu ubat yang murah dan tamat tarikh luput, kita nak ubat yang benar-benar asli,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurutnya, masyarakat amat mengharapkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti serta berintegriti bagi menjamin pembelaan dan kehidupan lebih baik.
Menurutnya, antara kriteria kualiti yang UMNO perlukan adalah integriti, bekerja dengan teliti, bekerja untuk capai tahap prestasi tinggi, hubungan dua hala antara pemimpin dan ahli serta kerja ikhlas dari hati.
Beliau menginsafi kualiti kepimpinan UMNO terdahulu yang telah berjaya melakukan transformasi negara sehingga membolehkan anak petani buta huruf seperti beliau menjadi seorang doktor pakar.
“Saya daripada kelompok UMNO yang miskin, kedua-dua ibu bapa saya tidak boleh membaca dan menulis tetapi mereka berpesan kepada saya untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pemimpin UMNO.
“Beberapa anak saya masih kecil lagi tetapi yang berusia 12 tahun itu saya berpesan, ingatlah bahawa setiap butir beras kamu makan itu adalah kerana UMNO,” katanya.
Tegasnya, golongan mahasiswa juga diingatkan tidak mudah lupa diri sekiranya berjaya menjadi golongan profesional dan berpendapatan tinggi kelak kerana kejayaan mereka juga merupakan hasil perjuangan UMNO.
0 comments:
Post a Comment