Datuk Ku Abd Rahman , Exco Kerajaan Negeri Kedah |
Alor Setar - Sewaktu meninjau proses pemindahan peniaga Pekan Rabu ke Ukir Mall semalam ,Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail terkejut dan kesal dengan khabar angin mengenai pembatalan pembinaan kompleks Pekan Rabu.
“Ada peniaga yang sudah berpindah bertanya kepada saya, betulkah ura-ura kedengaran bahawa pembinaan Kompleks Pekan Rabu tidak akan berlaku seperti dirancang sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, peniaga tidak sepatutnya percaya khabar angin yang digembar-gemburkan sebaliknya merujuk kepada pihaknya sendiri terlebih dahulu.
"Saya positif tahap keselamatan Ukir Mall berada dalam keadaan terkawal dan selamat memandangkan mereka memiliki ciri keselamatan tersendiri, seperti memiliki pengawal keselamatan," katanya.
"Saya menerima reaksi baik daripada peniaga. Rata-rata ingin membuat tambahan kedai kerana sambutan diterima pengunjung di tapak sementara itu," .
Peniaga yang sudah berpindah di Ukir Mall berkata, peniagaan mereka makin baik dan ada peniaga yang bertambah pendapatan dari sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment