Latest News

Wednesday 3 December 2014

Ujian Sistem Siren Tsunami Di Kedah




Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan sedang melaksanakan ujian sistem siren tsunami di Terengganu, Pahang, Sabah dan Kedah semalam.

Dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi, jabatan itu berkata antara kawasan terbabit termasuk Kuala Terengganu, Terengganu; Kuantan, Pahang; Lahad Datu, Sabah serta Padang Mat Sirat, Telaga Harbour dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi, Kedah.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak bimbang atau cemas semasa pengujian dijalankan dan sebarang pindaan akan dimaklumkan.

Mengikut jabatan itu, ia sudah memasang 30 siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di seluruh Malaysia bagi memberi amaran awal mengenai bencana alam seperti tsunami.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ujian Sistem Siren Tsunami Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top