Latest News

Sunday 21 December 2014

Pendidikan Harus Dianggap Sebagai Satu Pelaburan - Dato' Seri Mukhriz


Jerlun - Umno Bahagian Jerlun semalam telah menganjurkan Program Membara Kembali Ke Sekolah 2015 bertempat di Wisma Umno Bahagian Jerlun dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir.

Bantuan berupa pakaian dan keperluan sekolah kepada pelajar-pelajar kurang mampu sekitar Jerlun. Untuk hari ini pihak penganjur telah memberikan kepada lebih 800 pelajar terpilih dari keluarga yang kurang berkemampuan. 


5 orang pelajar dari setiap kampung yang berjumlah 170 buah kampung telah dipilih untuk menerima bantuan ini.

Sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun telah memberikan bantuan sekolah ini kepada 1100 pelajar yang akan menduduki tahun satu . 

Dalam ucapan Dato' Seri Mukhriz berkata, pendidikan amat penting buat anak-anak Kedah demi memastikan mereka berjaya dan boleh menjadi manusia yang berguna kepada bangsa. 

Kerajaan Kedah terus berusaha membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan dalam bajet Kedah baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM18 juta untuk pendidikan negeri. 

katanya lagi "Pendidikan harus dianggap sebagai satu pelaburan bukan pebelanjaan, Kalau anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik, mereka akan jaga kita kelak, Kalau Tidak mendapat pendidikan terbaik, mereka akan menjadi beban kepada kita pulak" .

Kerajaan negeri telah membuat Program pembelajaran dalam talian ( Tuisyen Online)  atau ' EzLearn2u', ia menawarkan 80 subjek yang disediakan untuk semua sekolah rendah dan menengah termasuk sokolah jenis kebangsaan.

Program ini adalah percuma dan dapat dimanfaatkan ebih kurang 370,000npelajar di seluruh Kedah. Program ini akan dilaksanakan awal tahun hadapan. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Saya Setuju dengan pandangan dato,
    Tapi saya tak setuju dato gagalkan Mahad Tahfiz Sains... Dato cuba bayangkan produk sains cetusan anak2 tahfiz..pelaburan besar membentuk insan.. sy xdpt bayangkan jenis hati dato

    ReplyDelete

Item Reviewed: Pendidikan Harus Dianggap Sebagai Satu Pelaburan - Dato' Seri Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top