Latest News

Tuesday, 2 December 2014

Perkara yang WAJIB anda tahu mengenai Pekan Rabu lama!


Umum tahu Pekan Rabu merupakan tempat tumpuan pelancongan di Kedah.

Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan.

Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar.

Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan Kedah. Malah ia juga sudah menjadi lambang utama negeri Kedah.

Disebabkan bangunan tersebut sudah lama ianya uzur hingga menyebabkan struktur bangunan tersebut juga sudah tidak selamat.

Kami diberitahu, struktur bumbung bangunan Pekan Rabu, sudah rapuh dan ada yang sudah retak. Malah ianya menunggu masa untuk runtuh pada bila-bila masa. Sebab tu bila hujan, ia bocor disana-sini.

Lantai pun sudah ada yang retak, malah lubang kumbahan pun ada yang hanya dipapan dengan papan nipis yang amat berbahaya pada peniaga, lebih-lebih lagi pelanggan.

Ciri-ciri keselamatan kebakaran langsung tidak ada. Alat pencegah kebakaran juga telah dicuri malah ada yang rosak. Jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar, ianya gagal untuk dikekang lagi.

Sudah la bekalan air telah diputuskan semalam. Elektrik juga telah tamatkan. Malah kawasan Pekan Rabu juga telah diisytiharkan sebagai kawasan pembinaan oleh Lembaga Koperasi Pekan Rabu, andaikata berlaku apa-apa kemalangan, ia akan jadi sia-sia. Bak kata orang mati katak!

Kami nasihatkan peniaga yang mementingkan keselamatan supaya meninggalkan kawasan terbabit, sayangi nyawa dari harta benda. Tiada apa yang bermakna didunia selain dari keselamatan diri anda. Harta benda boleh dicari, nyawa tiada gantinya.

Kepada pelanggan yang selalu mengunjungi Pekan Rabu, anda boleh ke Ukir Mall, kawasannya luas, dalamannya ada penghawa dingin. Paling penting anda tak perlu risau jika ada bumbung runtuh atau lantai hancur.

Pesanan dari Mat Pekan Rabu Pencinta Kemajuan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perkara yang WAJIB anda tahu mengenai Pekan Rabu lama! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top