Latest News

Monday 29 December 2014

SKMM Cari Individu Sebar Berita Palsu Tentang Banjir




Gambar ini adalah salah satu contoh penyebaran berita palsu tentang banjir di Pantai Timur

Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.


Cuba kita senaraikan kes2 penipuan banjir yang tersebar melalui whatsapp, facebook dan lain-lain... Yang dapat ingat adalah seperti berikut:

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
2. Bantuan dr ngo/persendirian yg ditahan sebab nak tampal sticker BN.
3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai)
4. Sekolah manik urai yg runtuh
5. Puisi ibu darwish 'tidurlah sayang'
6. Sewa helikopter tentera RM4500
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Thailand yg melepaskan air
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja
12. Penyebaran mayat bergelimpangan.

Admin nasihatkan supaya semua rakyat Malaysia tidak mempercayai berita2 yang tidak sahih disebarkan melalui aplikasi whatapps.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Yang DP pulau pinang buat cerita 1MDB hampa takmau pi siasat, yang hat ni terketaq-ketaq nak cari.. agak2 laa, jadi siapa tolong siapa sebenaqnya ni MMFC?

    ReplyDelete

Item Reviewed: SKMM Cari Individu Sebar Berita Palsu Tentang Banjir Rating: 5 Reviewed By: Unknown
Scroll to Top