Latest News

Tuesday 23 December 2014

#Throwback2014 : Taman Sains & Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park)




Kelebihan geo-ekonomi yang dimiliki oleh rantau ASEAN kerana sumber asas industrinya yang murah dan pasaran yang besar dengan kuasa beli yang meningkat menjadikan ianya pilihan utama kepada pelabur-pelabur di dalam industri pengeluaran automobil Thailand, Malaysia dan Indonesia. 

Faktorini telah mencetuskan ilham kepada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah Taman Sains dan Teknologi yang menempatkan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepertimana yang dikehendaki oleh pelabur-pelabur di dalam industri automotif dan lain-lain yang akan menjadi pelengkap kepada keperluan industri berat.

Bagi mempercepatkan pelaksanaan taman ini, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya disediakan sebidang tanah seluas 1,695 ekar di Bukit Kayu Hitam, dalam Daerah Kubang Pasu, yang mana sebahagian besarnya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 

Sudah pun ada pelabur daripada luar negara yang telah menunjukkan minat untuk menyertai projek ini. Sekali lagi, ekonomi modal (capital economy)ini juga yang akan membawa manfaat yang besar kepada ekonomi rakyat (people’s economy), terutama kepada penduduk Negeri Kedah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Throwback2014 : Taman Sains & Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top