Latest News

Thursday 25 December 2014

#Throwback2014 : Tanah Rizab Melayu Di Kedah #KedahAmanMakmur




Tahukah anda bahawa setiap kali Tanah Rizab Melayu di Kedah yang hendak dibangunkan, perlu diganti semula dengan lebihan 5% dan lokasinya tidak jauh dari tanah asal. Dasar ini diperkenalkan bagi mengelak tanah rizab melayu diguna dan takut tak diganti, menyebabkan rizab melayu makin lama makin hilang.

Atas sebab demikian, Tanah Rizab Melayu di Kedah semakin bertambah bukan semakin berkurangan.

Pada tahun 1991, keluasan Tanah Rizab Melayu di Kedah hanya 721526.9 hektar dan pada tahun 2013, Tanah Rizab Melayu meningkat menjadi 721759.6 hektar.

Ini bermakna Tanah Rizab Melayu di Kedah takkan hilang, malah ianya akan terus bertambah, walaupun ada ketikanya, ada kawasan yang perlu diganggu, demi pembangunan, namun ia tak menjejaskan Tanah Rizab Melayu kerana dasar tukar ganti dan penambahan yang Kerajaan Negeri Kedah perkenalkan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Throwback2014 : Tanah Rizab Melayu Di Kedah #KedahAmanMakmur Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top