Latest News

Tuesday 27 January 2015

Airport Kulim: Kedah Hanya Mahu Kelulusan Kerajaan Persekutuan


Kedah Hanya Mahu Kelulusan Kerajaan Persekutuan, untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)

Kerajaan negeri Kedah sedang menilai pelbagai kaedah untuk membiayai pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), sekiranya cadangan untuk membina kemudahan tersebut mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sebenarnya permintaan Kedah kepada kerajaan pusat ialah kelulusan untuk membina lapangan terbang antarabangsa itu.

"Jika kerajaan pusat mempunyai peruntukan untuk membina lapangan terbang tersebut, kita sangat mengalu-alukan, walaupun begitu, kita tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat.

"Pada masa ini, kita sedang menilai pelbagai pendekatan lain untuk membiayai projek tersebut"

Video kenyataan Dato Seri dibawah,


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Airport Kulim: Kedah Hanya Mahu Kelulusan Kerajaan Persekutuan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top