Latest News

Wednesday 28 January 2015

Kedah Akan Bina 53 Rumah Di Kampung Karangan Manek Urai


Kerajaan Negeri Kedah akan mengantikan cadangan awal pembinaan rumah panjang sementara di Kampung Karangan, Manek Urai untuk 53 keluarga mangsa banjir dan akan digantikan dengan pembinaan rumah kekal bagi setiap keluarga.

Menurut Menteri Besar Kedah Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Oleh kerana faktor tanah disana sudah kering, kerajaan negeri telah menukar cadangan itu dan mengantikan dengan pembinaan rumah kekal di tapak asal rumah-rumah mangsa banjir.

Kerja-kerja membersihkan tapak rumah yang musnah telah dijalankan, kerajaan negeri juga telah menghantar beberapa jentolak untuk kerja-kerja pembersihan.

Cadangan pembinaan rumah berkenaan akan dibuat di atas tapak individu dengan persetujuan pemilik tanah.

"Sekarang ini kita dapati bahawa tapak-tapak tanah yang mana dulunya terletak rumah-rumah yang telah ranap kini sesuai untuk dibina rumah individu," katanya.

mengenai kos pembinaan rumah mangsa banjir itu adalah terkawal memandangkan beberapa syarikat swasta turut menyumbang bahan binaan Seperti simen dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun kerajaan negeri turut mengambil kira keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek yang dijalankan tidak bertindih.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Akan Bina 53 Rumah Di Kampung Karangan Manek Urai Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top