Latest News

Friday 30 January 2015

Anak Syarikat Alam Maritim Dapat Projek RM10 Juta Di Kedah


Anak syarikat Alam Maritim Resources Bhd, Alam Hidro (M) Sdn Bhd, telah menerima surat setuju terima (LoA) untuk projek bernilai RM10 juta di Kedah.

Alam Maritim dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata ia menerima LoA tersebut daripada kontraktor utama tempatan yang bereputasi, bagi menyediakan udara tepu untuk penyelaman dalam kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan pesisir pantai.

Kontrak itu berkuatkuasa pada 15 Feb, 2015 dan dijangka selesai menjelang 31 Mac, 2015.

Alam Maritim dalam satu kenyataan berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2015. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Anak Syarikat Alam Maritim Dapat Projek RM10 Juta Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top