Latest News

Friday 30 January 2015

Video: Kerajaan Kedah Sedia Bantu Kelas Al- Quran , KAFA Dan SPI - DSMM


Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir kelmarin selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO, YAB telah mengumumkan, Kerajaan Negeri bersedia membantu penambahbaik Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Sekolah Pendidikan Islam (SPI) di Negeri Kedah.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat EXCO setelah YAB mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Majlis Guru Besar Kedah menggenai permasalahan yang dihadapi Kelas KAFA dan PSI di negeri Kedah.

Menurut YAB, beliau menganggap permasalahan yang dihadapi Kelas KAFA dan PSI di negeri Kedah merupakan perkara sangat penting yang perlu dibantu kerana kerajaan negeri mahu pastikan diperingkat sekolah rendah khususnya dalam pelajaran Agama Islam berada pada tahap yang baik.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video: Kerajaan Kedah Sedia Bantu Kelas Al- Quran , KAFA Dan SPI - DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top