Latest News

Monday 5 January 2015

#Banjir : 13 Lori Dan 6 Buah 4x4 Bantuan Dihantar Ke Pantai Timur -DS Mukhriz


Alor Setar - Majlis perlepasan misi bantuan banjir ke pantai timur oleh YAB DS Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir di Seri Mentaloon tengah hari tadi begitu besar maknanya buat mangsa-mangsa banjir.

Barisan Nasional negeri Kedah telah menyelaraskan misi bantuan banjir di semua bahagian dan telah dikumpulkan di Seri Mentaloon sejak 28 Disember 2014. Rombongan pertama dilepaskan oleh Datuk Paduka Md Rozai selaku ketua penyelaras operasi.

Perlepasan sebentar tadi melibatkan 13 buah lori 6 tan dan 6 buah pacuan 4 roda. Sukarelawan Kedah Aman Makmur telah ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja bantuan untuk negeri yang dilanda banjir di Pahang dan Kelantan.

Dato Seri Mukhriz berkata, Barisan Nasional dan Umno Kedah telah mengambil tindakkan pantas untuk membantu mereka yang menjadi mangsa banjir di kawasan Pantai Timur. 

Dengan bantuan ini diharap dapat sedikit tidak membantu mereka disana. Pusat pengumpulan bantuan banjir ini akan terus beroperasi sehingga ke satu tarikh kelak. 







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Banjir : 13 Lori Dan 6 Buah 4x4 Bantuan Dihantar Ke Pantai Timur -DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top