Latest News

Monday 5 January 2015

Video : Sukarelawan Kedah Aman Makmur Ditubuh - DS Mukhriz



Video disekitar majlis perlepasan misi bantuan banjir ke pantai timur oleh YAB DS Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir di Seri Mentaloon siang tadi yang sempat admin rakam.

Barisan Nasional negeri Kedah telah menyelaraskan misi bantuan banjir di semua bahagian dan telah dikumpulkan di Seri Mentaloon sejak 28 Disember 2014. Rombongan pertama dilepaskan oleh Datuk Paduka Md Rozai selaku ketua penyelaras operasi.

Perlepasan sebentar tadi melibatkan 13 buah lori 6 tan dan 6 buah pacuan 4 roda yang akan menghantar bantuan ke 2 negeri yang dilanda banjir teruk iaitu Kelantan dan Pahang.

Pada hari ini juga selepas mesyuarat misi bantuan mangsa banjir Pantai timur kali ke-4 negeri Kedah, satu sukarelawan Kedah yang diberi nama sukarelawan Kedah Aman Makmur telah ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja bantuan untuk negeri yang dilanda banjir di Pantai Timur.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Sukarelawan Kedah Aman Makmur Ditubuh - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top