Menurut Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Kedah di UMK, Mohd Zarif Ramli, kejadian banjir di negeri itu adalah bencana amat dahsyat.
“Di Jeli, tidak semua kawasan dinaiki air tetapi bekalan makanan terputus. Bekalan air bersih, elektrik dan talian telefon juga terputus.
“Hampir seminggu kami hidup dalam kegelapan dan tiada bekalan air. Hanya mengharapkan air hujan semata- mata,” katanya .
Mereka terpaksa mengambil ikan patin yang terdapat di kolam UMK sebagai sumber makanan harian.
“Kami terpaksa redah air banjir pada paras leher hanya untuk ambil barang-barang di dalam bilik sebelum pindah ke UMK Kampus Bachok.
“Semasa redah air itu, macam- macam terjadi. Ada yang terpaksa paut tangan orang lain, pada dinding dan sebagainya,”.
Seramai 31 orang pelajar UMK anak Kedah dibawa pulang ke Kedah menaiki pesawat atas usaha Jarigan Gelombang Merah.
0 comments:
Post a Comment