Latest News

Friday 23 January 2015

Bergambar : Malam Kasih Khalifah Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah Meriah


Malam tadi berlangsung majlis Malam Kasih Khalifah sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke 87 di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar Kedah. 

Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan juga kehadiran Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. 

Mufti Negeri Kedah , Sohibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Haslin Baharin dan Ustaz Muhib Khouli antara yang hadir memberi ceramah . Artis-artis yang membuat persembahan adalah seperti Raihan, Hijjaz, UNIC, Daqmie, Mawi, Ayai Illusi, IM Asyraf, PU Rahmat , PU Azman , PU Amir, PU Azihal , PU Faiz dan ramai lagi. 

Ribuan rakyat Kedah turut hadir memeriahkan Majlis Malam Kasih Khalifah ini. 










  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bergambar : Malam Kasih Khalifah Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah Meriah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top