Latest News

Friday 9 January 2015

Dua Beradik Ditemui



Johor Bahru: Dua beradik berusia lapan tahun dan sebelas tahun yang didapati hilang sejak malam kelmarin dimaklumkan pihak polis sudah menemui kanak-kanak terbabit 5 pagi tadi.

Ibu saudara mangsa, Azrizah Ahmad, 44, berkata, keluarganya menerima panggilan daripada pihak polis pagi tadi memaklumkan kanak-kanak berkenaan sudah ditemui.

Bagaimanapun, menurutnya, keluarganya masih tidak dibenarkan untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, pihaknya dimaklumkan kanak-kanak berkenaan perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Kedua beradik itu dilaporkan hilang selepas mereka keluar membeli minuman di sebuah kedai tidak jauh dari rumahnya di Jalan Pinang 52, Taman Daya, 9 malam kelmarin.


Ketika itu, ibu mangsa sedang mengajar mengaji di bangunan rumah kedai terbabit.

Sumber : Hmetro 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dua Beradik Ditemui Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top