Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat Jawatan Kuasa Kecil menangani isu-isu murtad di kalangan saudara baru.Isu murtad di kalangan saudara baru ini berpunca daripada tiada pengajian dan bimbingan yang khusus kepada mereka selepas memeluk agama Islam.
Satu kertas kerja telah dibentangkan di dalam mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bagi cadangan menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru di Negeri Kedah. Mesyuarat MAIK pada tahun 1998 telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan membuat keputusan melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Pertubuhan NGO seperti PERKIM, ABIM dan Persatuan Ulama.
Pada awal penubuhan pusat ini, dua kuarters bersebelahan Masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani telah diambil untuk dijadikan penempatan peserta lelaki dan perempuan manakala satu ruang bilik di Masjid dijadikan pejabat pentadbiran dan satu bilik kuliah untuk pendidikan.
OBJEKTIF
Untuk memberi pendidikan dan kefahaman kepada saudara-saudara baru mengenai asas-asas Islam.
Untuk menyekat dan membendung daripada berlakunya gejala murtad selepas memeluk Islam.
Memelihara kesucian akidah, syariah dan akhlak di kalangan saudara baru.
Meningkatkan kesedaran rasa ukuwwah islamiah di kalangan saudara baru.
Membentuk amalan kehidupan mereka supaya sentiasa berada dalam suasana Islam.
Mengwujudkan pendakwah dari kalangan saudara baru.
Sebagai satu pusat bagi membantu saudara-saudara baru dari aspek kerohanian, kebajikan, keselamatan dan kehidupan beragama Islam.
FUNGSI
Unit Pentadbiran & Kewangan
Mengendalikan setiap urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan PUSBA.
Merancang dan merangka serta mengendalikan setiap program dan aktiviti tahunan yang akan diadakan di PUSBA.
Menyusun perancangan pembangunan jangka panjang dan jangka pendek PUSBA.
Mengendalikan urusan surat menyurat, pengurusan fail dan urusetia mesyuarat PUSBA.
Mengendalikan urusan pendaftaran kemasukan peserta kursus.
Merekod dan menyenaraikan maklumat dan butir-butir peribadi peserta kursus.
Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan PUSBA.
Memastikan kebajikan kakitangan terjamin.
Memastikan kebajikan saudara baru dari sudut sosial dan pendidikan terjamin.
Bertanggungjawab dalam membantu saudara baru dalam permohonan bantuan zakat dan baitulmal.
Unit Pendidikan dan Kaunseling
Merancang, merangka dan menyediakan sukatan pelajaran kursus kefahaman asas Islam.
Mengendalikan kelas asas kefahaman Islam dan program serta aktiviti berkaitan saudara baru.
Membimbing saudara baru untuk dijadikan kadir-kadir dakwah.
Mengenalpasti dan menangani masalah yang dihadapi saudara baru.
Mengendali sesi kaunseling.
PIAGAM PELANGGAN
Kami menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu khususnya saudara baru dan semua golongan yang ingin mengetahui dan memahami Islam dengan lebih dekat dan mendalam.
Kami komited dalam memberi bimbimgan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru ,yang baru memeluk Islam, kemantapan dan kefahaman serta penghayatan Islam kepada saudara baru yang telah lama memeluk Islam.
Kami sentiasa memastikan kebajikan saudara baru dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan terjamin.
Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada saudara baru dalam menangani dan mengatasi masalah setiap yang dihadapi saudara baru.
Menjalankan kajian dan penyelidikan serta mengenalpasti faktor-faktor penyumbang gejala murtad samada yang berlaku dikalangan saudara baru ataupun orang Islam asal dan mencari kaedah terbaik menangani masalah tersebut.
Melatih dan membimbing saudara baru untuk menjadi kadir-kadir dakwah dalam menyebarkan Islam kepada golongan dan sasaran tertentu.
0 comments:
Post a Comment