Latest News

Thursday 15 January 2015

Kedah Akan Segerakan Pembinaan Rumah Panjang Sementara Di Manek Urai - DSMM


Kerajaan Kedah akan menyegerakan pembinaan rumah panjang sementara di Kampung Karangan, Manek Urai bagi menempatkan 53 keluarga mangsa banjir yang kehilangan kediaman dalam bencana itu baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang melawat Manek Urai minggu lepas, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah diarah mengetuai pembinaan rumah panjang sementara itu yang dianggarkan bernilai RM100,000.

"Ada rumah di kampung itu rosak teruk dan ada yang musnah terus. Saya rasakan seolah-olah kena tsunami sama seperti di Aceh. Kita rasa terpanggil membina rumah itu secepat mungkin,". 

Beliau berkata rumah panjang sementara itu akan dibina di sebuah kawasan tinggi manakala kerja-kerja pembinaan akan dilakukan secara gotong-royong membabitkan sukarelawan Kedah dan masyarakat tempatan.

Mukhriz berkata tanah yang bakal menempatkan rumah panjang sementara itu kepunyaan persendirian dan pemiliknya telah memberi persetujuan bagi pembinaan rumah mangsa banjir itu

Kampung berkenaan adalah antara kampung terjejas teruk di Kelantan apabila 53 daripada 105 buah rumah dihanyut banjir dalam kejadian 23 Disember lepas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Akan Segerakan Pembinaan Rumah Panjang Sementara Di Manek Urai - DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top