Latest News

Friday 16 January 2015

Kes Denggi Meningkat Di Kedah



ALOR SETAR - Sebanyak 1,006 kes demam denggi dicatatkan di seluruh Kedah sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, ia meningkat 24 peratus iaitu 193 kes berbanding 813 kes dalam tempoh sama pada 2013.

Menurutnya, tujuh kematian direkodkan akibat komplikasi denggi iaitu empat di Kuala Muda dan tiga di Kulim berbanding satu kes di Padang Terap bagi tahun sebelumnya.

"Tiga daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh sebelum iaitu Kulim 230 peratus (172 kes berbanding 52 kes), Kuala Muda 177 peratus (413 kes berbanding 149 kes) dan Langkawi 77 peratus (23 kes berbanding 13 kes).

"Sepanjang tahun lalu, terdapat 23 lokaliti wabak iaitu Kuala Muda (10), Kota Setar (4), Kulim (4), Pendang (2 ), Sik (1), Yan (1) dan Padang Terap (1) berbanding 14 lokaliti pada 2013," katanya dalam kenyataan kepada media, di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah pencegahan dan kawalan demam denggi dilaksanakan dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes ke atas 336,238 premis. Sebanyak 6,804 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

"Kita mengeluarkan 3,125 kompaun bernilai RM1,342,550 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Sebanyak 305 kes dibawa ke mahkamah dengan kutipan denda RM21,233.

"Manakala 714 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes," katanya.

Menurutnya, jabatan itu akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 secara berkala dan mengambil tindakan tegas ke atas premis yang didapati mempunyai pembiakan aedes.

kredit : Sinar Online 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kes Denggi Meningkat Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top