Latest News

Friday 16 January 2015

Kulim High-Tech Park Raih Banyak Manfaat Daripada Cadangan Lapangan Terbang Baharu




Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Sungai Petani dekat sini akan membantu meningkatkan pelaburan di Kedah, terutamanya Kulim High Tech Park (KHTP), kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata KHTP akan menjadi penerima utama daripada pelaburan tersebut berikutan cadangan lapangan terbang itu hanya 30 minit perjalanan melalui lebuh raya baharu.

Walaupun ia akan terletak di Sungai Petani, katanya lapangan terbang itu akan masih dikenali sebagai Lapangan Terbang Kulim.

"Dengan lapangan terbang baharu itu, kami (kerajaan negeri) menjangka lebih banyak pelaburan akan mengalir masuk ke Kulim High Tech Park serta dorongan penyewa semasa untuk mengembangkan perniagaan mereka dan menempatkan kemudahan lain di sana," katanya hari ini.

Beliau menghadiri sambutan global pencapaian pemasangan panel 10 GigaWatt (GW) First Solar Incs dan perasmian kemudahan pembuatan Monocrystalline (Tetrasun) di KHTP di sini.

Mukhriz berkata sejak penubuhannya pada 1996, KHTP, menjadi taman perindustrian berteknologi tinggi terbesar di wilayah utara Semenanjung, telah menerima pelaburan tempatan dan luar berjumlah RM34 bilion.

Kerajaan Kedah mencadangkan pembangunan sebuah lapangan terbang baharu, dijangka menelan kos RM1.6 bilion, di Kulim bagi menampung kemasukan pelancong ke wilayah utara.

Mengenai pengembangan KHTP, Mukhriz berkata kerajaan negeri telah mengadakan rundingan dengan beberapa pelabur berpotensi, yang berminat untuk mendirikan kilang baharu, termasuk bahagian penyelidikan dan pembangunan mereka, di KHTP.

Melahirkan sokongan terhadap cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif First Solar James A Hughes berkata pengangkutan menjadi faktor penting untuk menarik pelaburan dan mengharapkan kepada pembangunan tersebut.

First Solar, merupakan antara syarikat tenaga solar fotovoltan terbesar di dunia.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kulim High-Tech Park Raih Banyak Manfaat Daripada Cadangan Lapangan Terbang Baharu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top