Latest News

Wednesday 28 January 2015

Kedah Mulakan Pembinaan 53 Rumah Sementara di Manik Urai


Di sidang media Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri Kedah sebentar tadi, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan bahawa, Kerajaan negeri Kedah sedang giat menyiapkan kerja pembinaan rumah sementara di Manik Urai.

Kata beliau, sebuah rumah sudah siap didirikan. JKR Kedah yang diamanahkan bagi mengetuai pembinaan tersebut, sedang giat menjalankan kerja, sambil dibantu oleh kontraktor tempatan, sukarelawan Kedah (SUKAM) dan turut membantu sebuah syarikat swasta dari Langkawi, menyumbang simen bagi tujuan pembinaan.

Manakala Jabatan Hutan negeri Kedah juga, menyumbangkan kayu hutan, hasil rampasan mereka untuk membuat papan lapis bagi kegunaan pembinaan rumah. 53 buah rumah akan dibina atas tapak asal rumah penduduk kampung, rumah tersebut berukuran seluas 448 kaki persegi, anggaran kos lebih kurang RM15 ribu, malah ianya (kos) mungkin boleh dikurangkan lagi, kerana ada pihak GLC dari Kedah dan pihak swasta, turut memberi sumbangan bagi mengurangkan kos pembinaan tersebut.

(contoh rumah didalam gambar)

Rumah sementera tersebut pula, dijangka akan siap kesemuanya, didalam tempoh dua bulan (anggaran), bergantung pada proses pembinaannya. Penduduk kampung boleh mengunakan rumah itu dahulu, sementara menunggu rumah kekal yang akan diberi atas ihsan bantuan Kerajaan pusat.

Ternyata usaha murni Kerajaan negeri Kedah, disambutan meriah oleh masyarakat tempatan disana. Malah YAB MB sendiri akan turun sekali lagi di Kampung Karangan, untuk melihat perkembangan positif setelah kerja pemulihan, penambahbaikan dilakukan oleh wakil Kerajaan dan sukarelawan Kedah disana.

#MMFC #Kedah #ManikUrai #Banjir #PrayForPantaiTimur #KedahSerataRata #SUKAM
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Mulakan Pembinaan 53 Rumah Sementara di Manik Urai Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top