Latest News

Wednesday 14 January 2015

Lang Merah Seri Menentang Air Force United FC Di Bangkok


Bangkok - Dalam siri kunjungan ke Thailand bagi perlawanan persahabatan, Skuad Lang Merah 2015 telah menentang pasukan kelab dari Thailand iaitu Air Force United FC malam tadi. Perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Kedah memasukan Firdaus (GK), Rizal, Khairul Helmi, Olum, Sabree, Syazwan T, Bang, Farhan, Syazwan Z, Shakir dan Keith pada separuh masa pertama.

Pada minit ke 18, Kedah ketinggalan 0-1 kepada tuan rumah Air Force United FC dan perlawanan seimbang untuk kedua-dua pasukan walaupun kawalan bola lebih kepada tuan rumah dengan permainan pantas.

Separuh masa kedua Kedah mengeluarkan Olum, Sabree, Firdaus, Syazwan T, Shakir, Keith dan Rizal. Pemain yang dimasukkan adalah Shazuan Ashraf, Hanif, Baddrol, Syafiq.

Tuan rumah berjaya meledak gol kedua tetapi Kedah pantas merapatkan jurang dengan jaringan oleh Hanif Dzahir pada minit ke 75. Gol itu hadir melalui satu gerakan cantik hantaran pendek dan berjaya memperdayakan pertahanan lawan. 

Sebelum tamat perlawanan, ayam tambatan Kedah, Badrol Bakhtiar berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan menarik di minit-minit akhir perlawanan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lang Merah Seri Menentang Air Force United FC Di Bangkok Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top