Latest News

Wednesday 14 January 2015

Kaunter Bergerak Hasil Memudahkan Rakyat Kedah -DSMM


Hari ni YAB Menteri Besar Kedah merasmikan kaunter hasil bergerak di blok E, Wisma Darulaman.

Kaunter hasil bergerak ini atas usaha Kerajaan Kedah untuk memudahkan proses pembayaran cukai hasil dalam negeri bagi 4 daerah terbesar di dalam negeri Kedah.

Kaunter bergerak ini memudahkan pembayaran hasil oleh rakyat di kawasan masing-masing. Kerana ada laporan yang mengatakan rakyat bukan tidak mahu membayar hasil tapi lokasi pembayaran sangat jauh. Jadi Inisiatif ini memudahkan lagi rakyat membayar bil hasil mereka.

Oleh itu Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir berharap, rakyat Kedah mengunakan perkhidmatan ini sebaik mungkin. Kerana ianya boleh membantu meningkatkan pendapatan hasil negeri.



Selepas dirasmikan, kaunter bergerak ini akan bermula secepat mungkin, jadualnya pula fleksible dan boleh bergerak dimana saja atas permintaan setempat.

Berkenaan dengan lokasi dituju, kerajaan negeri akan menghebahkan maklumat dan jadual kaunter bergerak tersebut, melalui media, media sosial dan banting, berkenaan lokasi yang akan dituju kaunter bergerak ini.

Kaunter ini juga menerima segala bayaran hasil dan tidak terhad pada daerah yang ditetapkan.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kaunter Bergerak Hasil Memudahkan Rakyat Kedah -DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top