Ketua Pegawai Operasi Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, Roslan Abd Ghani berkata sumbangan itu diagihkan berdasarkan tahap kerosakan rumah dan kematian anggota keluarga akibat tragedi berkenaan.
"Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Naza memandangkan kejadian letupan itu berlaku di kawasan berhampiran kilang Naza.
Ada ramai kakitangan Naza yang tinggal di taman ini, lima daripadanya turut mengalami kerosakan," katanya pada sidang media selepas penyerahan sumbangan bantuan mangsa letupan di taman perumahan itu di sini.
Roslan berkata, sumbangan daripada Naza dan yayasan itu tidak hanya untuk kawasan utara sebaliknya seluruh Malaysia, walaupun kilang Naza terletak di kawasan utara.
"Naza turut prihatin dengan nasib mangsa banjir di pantai timur dan telah menyumbang RM1 juta kepada mangsa banjir, selain memberikan sumbangan barangan keperluan serta menghantar sukarelawan untuk membantu kerja-kerja pembersihkan di sana," katanya.
Sementara itu seorang penerima sumbangan, Zuraida Mat Rotebe, 30, yang kematian anaknya, Mohd Aqif Lukman Shahrizan, 4, akibat kejadian itu, berkata, dia terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Naza.
"Saya sendiri turut mengalami kecederaan teruk di tangan dan sehingga kini masih perlu mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, sudah tentu sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya," katanya.
Letupan itu juga mengorbankan seorang anggota tentera Ayub Hashim, 34 dan anak perempuannya Nur Idayu Syahirah Ayub, 8 pada hari kejadian manakala isteri Ayub, Sharifah Azlina Hashim, 30 meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 29 Disember lepas. - Bernama
0 comments:
Post a Comment