Jerlun - Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menghadiri majlis makan malam ulang tahun Jubli Emas SMK Ayer Hitam yang ke 50 tahun. Beliau juga diberi penghormatan merasmikan ulangtahun sekolah itu dengan gimik pelancaran roket dan letupan bunga api.
Dalam ucapan perasmian, beliau berkata, bahawa pendidikan merupakan faktor modal insan yang paling penting untuk menjayakan segala projek induk perubahan negeri.
Jika dilaksanakan projek besar atau hebat, ianya tetap gagal, jika negeri tersebut tidak mempunyai rakyat (modal insan) yang mampu bekerja ditempat berkenaan.
Demi mencapai matlamat berkenaan, Kerajaan negeri memperuntukan RM18juta (melancarkan tuisyen online percuma 'Kedah e-tutor') bagi meningkatkan taraf pendidikan negeri Kedah diantara 5 tempat teratas di Malaysia.
InshaAllah dengan doa dan usaha, kita akan mencapai kejayaan.
0 comments:
Post a Comment