Latest News

Wednesday 7 January 2015

Makluman Media : MB Kedah Tinjau Kawasan Bencara Banjir Di Manik Urai , Kelantan 09 Januari 15



MAKLUMAN MEDIA:

YAB. Menteri Besar Kedah Merangkap Pengerusi Barisan Nasional Kedah dan Pengerusi Umno Kedah akan tinjau kawasan bencana banjir di Manik Urai, Kelantan ada hari Jumaat 9 Januari 2015. 

Dato' Seri Hj Mukhriz akan bertemu dengan penduduk dan mengumumkan penubuhan Base Camp Sukarelawan Kedah Aman Makmur (SUKAM) di Sekolah Kebangsaan Karangan, Manik Urai pada pukul 3.00 pm, jumaat 09 Januari 2015. 

Mohon kerjasama pihak media untuk membuat liputan program di atas.

Nota: 

Base Camp SUKAM ini bertindak sebagai pusat penyelarasan bagi semua kerja bantuan mangsa banjir yang diselaras oleh Pejabat Menteri Besar Kedah.

Inisiatif bantuan Kerajaan Kedah melibatkan BN yang diterajui UMNO Kedah, Sukarelawan, Pertubuhan dan NGO, Agensi Kerajaan Negeri dan GLC Kedah.

Tumpuan bantuan adalah mangsa-mangsa di Dabong, yang menjadi jajahan angkat Kedah dalam misi bantuan kemanusiaan akibat banjir di Kelantan. Bantuan juga akan disalurkan kepada mangsa-mangsa di sekitar Base Camp SUKAM di SK Karangan itu.

Urusetia kem ini diketuai oleh Dato` Paduka Md Rozai Shafian, Speaker DUN Kedah.

Salam hormat.

SUA kepada YAB MB Kedah.
7/1/15
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Makluman Media : MB Kedah Tinjau Kawasan Bencara Banjir Di Manik Urai , Kelantan 09 Januari 15 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top