Alor Setar – Tanggungjawab dan keperihatinan Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Negeri Kedah dalam membantu menyelaras misi bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur dan Perak ternyata amat memudahkan orang ramai, NGO dan agensi yang mahu memberi sumbangan mereka.
Menurut Setiausaha Kerja UMNO Negeri, En Haris Che Mat, Umno dan BN Kedah, dibawah arahan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, telah sepakat untuk membantu dan membuka Pusat Pengumpulan Barang Bantuan Banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir terutama di Pantai Timur dan Perak.
Pusat Pengumpulan Barang Bantuan Banjir ini beroperasi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon. Mula menerima sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Agensi-agensi kerajaan, NGO, individu dan pertubuhan termasuklah dari Umno Bahagian dan parti-parti kompenen Barisan Nasional sejak daripada 29 Disember 2014 lalu.
Operasi ini melibatkan urusetia BN Negeri dan BPUNK serta para petugas sukarelawan dari Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian.
Menurut beliau, dua buah treler dan 19 buah kenderaan pacuan 4 roda yang membawa barangan bantuan telah dihantar pada 01 Januari 2015 di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Kelantan. Dua buah lori bantuan sumbangan juga telah dihantar ke kawasan-kawasan bencana sekitar Perak.
Sehingga hari ini bantuan terus diterima dari pelbagai pihak, pusat ini sepatutnya beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 06.00 petang tetapi kadang kala di lanjutkan sehingga jam 12.00 malam kerana masih menerima barangan bantuan.
En. Haris ditemui semasa menerima sumbangan daripada Kelab Civic Utara yang menyumbang pelbagai barangan keperluan harian hasil sumbangan ahli Kelab itu.
0 comments:
Post a Comment