Latest News

Friday 2 January 2015

Sejarah Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)



Kedatangan Islam ke Negeri Kedah pada kira-kira tahun 1136 Masihi (531 Hijrah) maka berlakunya perubahan corak pentadbiran. Sultan menduduki hirarki yang tertinggi dalam struktur sosio-politik dan Ketua Agama. Alim ulama dilantik menjadi penasihat dengan diberi gelaran “GURU SULTAN”.




Dalam pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah (1854-1879) usaha ke arah mewujudkan satu organisasi yang mentadbirkan perjalanan Agama Islam. Pembahagian jawatan dan tugas bidang agama diwujudkan iaitu jawatan Mufti, Kadi dan Imam Besar.



Dalam pemerintahan Sultan Abdul Hamid Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin (1879-1943) usaha memperkemaskan pentadbiran agama Islam dengan lebih sistematik. Organisasi ini dinamakan "Pejabat Agama Negeri Kedah" yang bertempat di Limbung Kapal Alor Setar.

Peranannya menjalankan kerja-kerja berkaitan urusan Hal Ehwal Agama dengan diketuai oleh seorang pegawai tertinggi yang dikenali sebagai Syeikhul Islam dan dibantu oleh seorang Kadi.

Pentadbiran Pejabat Agama dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:-


Bahagian Syeikhul Islam – diketuai oleh Syeikhul Islam sebagai pegawai eksekutifnya

Bahagian Syariah - diketuai oleh Kadi Besar.


Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kedah Yang Pertama


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kedah yang pertama ditubuhkan pada tahun 1952 yang bertujuan memperkemaskan lagi pentadbiran Agama Islam Negeri.

Majlis terdiri daripada 24 orang ahli majlis iaitu :-

1. Yang Di Pertua.

2. Setiausaha (dilantik oleh Yang Di Pertua).

3. 11 orang ahli dari alim ulama negeri.

4. 11 orang ahli dari pegawai dan dari pihak adat istiadat melayu.


Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Yang Kedua





Majlis ini diwujudkan mengikut peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Undang-Undang Negeri Kedah No.9 Tahun 1962) yang dikuatkuasakan pada 4 April, 1963 bersamaan 11 Zulkaedah, 1382. Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang kedua berlaku pada pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan bertujuan untuk menolong dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri di dalam perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan Agama Islam di negeri ini.

Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Yang Ketiga


Majlis ini diwujudkan mengikut peruntukan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang dikuatkuasakan pada 01 April 2008 bersamaan 24 Rabiulawal 1429.

Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang ketiga berlaku pada pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan serentak dengan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan ke 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan bertujuan untuk menolong dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri di dalam perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan Agama Islam di negeri ini.

Pada 15 Mei 2008, Pentadbiran Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Kedah diletakkan di bawah pengurusan Ketua Jabatan yang berasingan. Majlis Agama Islam Kedah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, manakala Jabatan Agama Islam Kedah diketuai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah.

http://www.maik.gov.my/
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Saya dapat membayangkan sesuatu yang akan menyusuli tujuan artikel ini dihidangkan iaitu sebuah pembangunan Mega.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Sejarah Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top