Latest News

Sunday 8 February 2015

300 Pelayar Sertai Regata Perdana Antarabangsa Langkawi



Buat julung kalinya, Barisan Nasional (BN) Kedah memecah tradisi dengan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina dalam bentuk rumah terbuka dengan menggabungkan dua parti komponennya, Gerakan dan MCA, pada 20 Feb ini.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata sebelum ini rumah terbuka Tahun Baharu dianjurkan berasingan oleh kedua-dua parti namun kali ini atas dasar muafakat di bawah BN, ia digabungkan dengan melibatkan jawatankuasa kerja terdiri daripada semua wakil komponen BN.

"Ini kesepakatan untuk tunjuk kepada seluruh rakyat bahawa ini mencerminkan polisi BN menyambut semua perayaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bertemakan 'Tahun Baharu Aman Makmur 2015', rumah terbuka tersebut akan bermula 3 petang hingga 7 malam bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini.

Dr Leong berkata beberapa program telah diatur seperti persembahan kebudayaan dan tarian singa selain jamuan dan menjangkakan kehadiran 5,000 tetamu.

Katanya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada majlis itu dan dijadual merasmikan majlis itu dengan menulis kaligrafi dalam bentuk yang membawa maksud kambing, bersempena Tahun Kambing.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 300 Pelayar Sertai Regata Perdana Antarabangsa Langkawi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top