Latest News

Sunday 8 February 2015

Helang Merah Garang Dalam Aksi Pertama Liga Perdana

gambar :page persatuan bole sepak negeri kedah


Helang Merah memulakan aksi pembuka tirai Liga Perdana semalam dengan kemenangan penuh bergaya apabila menundukkan SPA Putrajaya FC 5-1 di Stadium Darul Aman. 

Gol pertama Helang Merah dijaringkan oleh Mohd Hanif Mat Dzahir seawal minit ke 24 dan separuh masa pertama kedudukan 1-0 dengan aksi yang menghiburkan dari tuan rumah.

Pada babak kedua perlawanan, Kedah terus menyerang dan hasilnya pada minit ke 48, pemain import Kedah Keith Murtu Nah menambah jaringan untuk gol kedua, Keith Nah sekali lagi menunjukkan kehebatan beliau apabila menambah jaringan ketiga Kedah pada minit ke 50. 

Ayam tambatan tempatan skuad Helang Merah, Badrol Bakhtiar menunjukkan bisanya apabila menyumbat gol ke empat pada minit ke 61. Tersentak dengan gol-gol Kedah , SPA Putrajaya cuba bangun dan hasilnya pemian importn mereka Michael Chukwubunna Ijezie berjaya menyumbat satu gol untuk pasukannya. 

Aksi cemerlang Helang Merah diteruskan dengan gol ke lima juga dari pemain importnya iaitu Chidi Edeh pada minit ke-90. Pada perlawanan ini hampir 10 ribu peminat hadir bagi menunjukkan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. 

Kesudahan perlawanan Helang Merah berjaya menumpaskan SPA Putrajaya FC dengan kesudahan 5 gol berbalas 1. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Helang Merah Garang Dalam Aksi Pertama Liga Perdana Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top