Latest News

Sunday 8 February 2015

MCA Dan Gerakan Kedah Gabung Anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015


Sejarah bakal tercipta apabila dua parti komponen Barisan Nasional Kedah MCA dan Gerakan akan menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina pada 20 Febuari nanti. 

Menurut Datuk Dr Leong Yong Kong yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah, sebelum ini rumah terbuka Tahun Baru Cina diadakan berasingan oleh kedua-dua parti komponen ini tetapi atas dasar muafakat mereka telah bersetuju untuk bersama-sama menjayakan majlis ini dan jawatankuasa kerja terdiri dari semua wakil parti komponen BN Kedah. 

"Ini kesepakatan untuk tunjuk kepada seluruh rakyat bahawa ini mencerminkan polisi BN menyambut semua perayaan," katanya

Bertemakan 'Tahun Baharu Aman Makmur 2015', rumah terbuka tersebut akan bermula 3 petang hingga 7 malam bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon.

Dr Leong berkata beberapa program telah diatur seperti persembahan kebudayaan dan tarian singa selain jamuan dan menjangkakan kehadiran 5,000 tetamu.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dijangka hadir kemajlis itu dan dijadual merasmikan majlis itu dengan menulis kaligrafi dalam bentuk yang membawa maksud kambing, bersempena Tahun Kambing.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MCA Dan Gerakan Kedah Gabung Anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top