Latest News

Sunday 8 February 2015

"Memodenisasi" Luar Bandar Kedah Bermula


Putrajaya - Kerajaan Kedah akan melakukan transformasi 'Memodenisasikan' Luar Bandar dengan menggerakan semua agensi dibawahnya dan juga pegawai-pegawai Daerah seluruh Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmi Kemiskinan Kedah (3P), YB. Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata, Pertemuan bersejarah antara pegawai-pegawai Daerah dan agensi-agensi berkaitan dengan Luar Bandar Kedah bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Seri Mohd Shafie Apdal telah membuka satu lembaran baru bentuk kerjasama erat antara Kementerian dan Kerajaan Negeri Kedah dalam 'memodenisasikan Luar Bandar Kedah.

Beliau mengetuai deligasi Kerajaan Negeri Kedah ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bertemu dengan Dato Seri Shafie telah membincangkan pelbagai perkara yang boleh di beri perhatian oleh pihak Kementerian mengenai Luar Bandar Kedah.

Hasil pertemuan ini, Kementerian telah mengenal pasti beberapa pembaharuan yang bakal dilaksanakan di Negeri Kedah.


Bukan sahaja pembangunan prasarana semata-mata malah Kementerian juga bakal mempertingkatkan kegiatan ekonomi di Luar Bandar.

Peruntukkan sejumlah RM 137.7 juta untuk pembangunan Luar Bandar Kedah akan merangkumi pelbagai program dan projek.

Dalam pada itu, Dato Seri Shafie Apdal berkata , hasil pertemuan bersejarah dengan seluruh Pegawai-pegawai daerah Kedah dan agensi berkaitan yang di Ketuai oleh YB. Datuk Mohd Tajuddin ini akan di kembangkan lagi ke seluruh negara.

Ia satu langkah terbaik bagi Kementerian mendapat maklum balas terkini mengenai kawasan-kawasan mereka.

"Pertemuan seperti ini juga merupakan langkah strategi dan idea untuk dimuatkan dalam Kerangka Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) yang akan dilaksanakan pada 2016 hingga 2020". Katanya.

MMFC News 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: "Memodenisasi" Luar Bandar Kedah Bermula Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top