Latest News

Sunday 8 February 2015

Exco Saran Lebih Banyak Syarikat Swasta Terlibat Dalam Bidang Pendidikan




Syarikat swasta di Kedah disaran memperbanyakkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam bidang pendidikan bagi membantu melahirkan lebih ramai modal insan cemerlang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata usahasama antara syarikat swasta, kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan negeri akan menghasilkan lebih ramai rakyat berilmu pengetahuan tinggi.

"Saya amat berharap agar pihak swasta dapat menjadikan program CSR dalam bidang pendidikan sebagai program utama mereka kerana untuk menjadi negara maju, kita mestilah menghasilkan rakyat yang mempunyai ilmu pendidikan yang tinggi, dan usaha-usaha bersama ini akan mempercepatkan pencapaian ke arah itu," katanya.

Beliau ditemui Bernama selepas merasmikan Seminar Motivasi Perdana Petronas Chemicals Group Berhad, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Tajul Urus berkata beliau berbangga dengan penglibatan Petronas yang turut sama membantu pelajar menerusi seminar ke arah meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan.

"Usaha ini selari dengan sasaran dan perancangan Jabatan Pendidikan negeri menerusi program Kedah Top 5, iaitu program yang dirancang untuk meletakkan Kedah sebagai antara negeri teratas dalam peperiksaan awam, untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan," katanya.

Dua ratus pelajar tingkatan lima dan enam dari 14 buah sekolah sekitar Parlimen Jerai, menyertai Seminar Motivasi Perdana 2015 anjuran Petronas itu.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Exco Saran Lebih Banyak Syarikat Swasta Terlibat Dalam Bidang Pendidikan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top