Latest News

Wednesday 25 February 2015

Langkawi Sport Flying Association Bakal dilancarkan


LANGKAWI - Langkawi Sport Flying Association (LSFA) akan dilancarkan sempena penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-13, yang berlangsung dari 17 hingga 21 Mac.

Timbalan Presiden LSFA, Datuk Mansor Ismail berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual akan melancarkan persatuan itu yang ditubuhkan untuk menarik minat pelajar dan remaja dalam aktiviti penerbangan.

Hari ini, LSFA menganjurkan program motivasi 'Seorang Juruterbang' di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang dan Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka di sini.

Beliau berkata lebih 300 pelajar dari sekolah berkenaan menyertai program pertama LSFA itu, yang dianjur bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

Sempena program itu, pelajar turut berpeluang mendengar pengalaman juruterbang Malaysia Airlines Kapten Mohd Farid Abdul Rahman mengemudikan pesawatnya dan syarat-syarat untuk menceburi kerjaya sebagai juruterbang. - bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Langkawi Sport Flying Association Bakal dilancarkan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top