Latest News

Wednesday 4 February 2015

Mahabbatur Rasul Kembali di #Kedah - @MukhrizMahathir


Atas permintaan ramai rakyat di Kedah agar Majlis Mahabbatur Rasul #KedahBerselawat diadakan lagi pada tahun ini. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) akan menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul Kedah Berselawat 2015 pada 11 hingga 13 Mac ini di Stadium Darulaman.

Lebih menariknya tahun ini majlis memperingati dan menunjukkan rasa kasih sayang terhadap baginda Rasulullah SAW, akan diadakan selama 3 hari berbanding tahun lalu yang hanya diadakan 1 hari sahaja. Selain memupuk rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW, majlis ini juga dapat menguatkan lagi silaturahim sesama kita Umat Islam di Kedah khususnya tanpa mengira fahaman politik.

Semua Muslimin dan Muslimat yang tinggal di negeri Kedah atau luar negeri Kedah dijemput hadir ke Majlis Ilmu yang akan diredhai oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau
bersabda :

"Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu.
"

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, didalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


P/s: Untuk pengetahuan semua, Penganjur Mahabbatur Rasul masih lagi membuka kepada mereka yang mahu membantu dari segi penajaan, untuk melancarkan lagi program ini.

Sesiapa berminat boleh hubungi Yayasan Islam Negeri Kedah, bahagian penajaan.

YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
NO. 56A, BANGUNAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
JALAN TELUK WANJAH
05200 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
TELEFON: 047302703 FAKS: 047303713
WEB: www.yiked.gov.my

Marilah kita sama-sama membantu majlis keagamaan kita, agak ianya berjalan lancar.

Moga Allah SWT merahmati semua.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mahabbatur Rasul Kembali di #Kedah - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top