Latest News

Monday 30 March 2015

Bukan mudah nak bawa nama Tun Dr Mahathir Mohamed - Mukhriz


Tajuk yang cukup menarik perhatian, sebenarnya ia satu soalan 'istimewa' ketika Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ditemubual semasa rancangan pagi 'Assalammualaikum' terbitan oleh TV Al-Hijrah.

Sebenarnya kami penulis MMFC sendiri pun tak pernah tahu mengenai perkara ini. Malah kami percaya, pembaca pun tentu mahu tahu lebih lanjut bukan?

Soalan yang dikemukakan lebih kurang berbunyi begini,

Apa perasaan (Dato Seri Hj Mukhriz), menjadi seorang Menteri Besar yang dibayangi oleh nama seorang 'legend' iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed, yang dunia mengkagumi, Israel pun takut (dengan beliau) dan di Mesir pernah seorang rakyat Mesir ditanya, apa lagj yang rakyat Mesir nak? Mereka jawab, "we need another Mahathir"..

Berdasarkan reputasi kehebatan nama 'Mahathir' tidak kah Dato Seri merasakan tekanan dengan membawa nama besar dibelakang?

Nak tau apa jawapan daripada Dato Seri?

Haa.. ini jawabnya,

Sudah tentu ada tekanannya, malah harapan kepada beliau memuncak (tinggi). Malah beliau akan cuba buat sebaik mungkin, walaupun sebenarnya, Ayahanda beliau tak pernah menjaga negeri atau menjadi Adun dikawasan.

Dato Seri juga menceritakan pengalaman semasa beliau dilahirkan. Rupa-rupanya semasa hari beliau hendak dilahirkan, tarikh 11 November. Ketika itu, Ayahanda beliau, dalam perjalanan untuk menghadiri hari pertama masuk ke Dewan Parlimen. Ayahanda tidak bersama ibunya (ketika itu). Mungkin disebabkan itu, diantara adik beradik, hanya beliau yang mengikuti jejak langkah ayahnya (menceburi dalam bidang politik).

Malah ada kejadian yang agak menarik pada hari itu, beliau pernah membaca apa yang ayahanda Tun hujahkan dalam parlimen pada waktu itu. Hari pertama lagi, ayahanda Tun dah bertekak dengan mendiang Lee Kuan Yew.

Sambung Dato Seri lagi,

"Tak banyak yang Ayah Tun boleh bantu kerana beliau sendiri tak pernah mentadbir negeri, malah beliau tak pernah menjadi Adun pun. Jadi laluan menjadi Menteri Besar ni, terpaksa saya lalui sendiri (berdasar pengalaman). Kalau pun ada nasihat dari Ayah saya, itu hanya pandangan dari perspekstif negara (mengurus tadbir)".

Dato Seri Mukhriz juga menjelaskan pada media, bahawa bukan mudah untuk beliau membawa nama bin 'Mahathir', sebenarnya nama itu memberikan tekanan besar kepadanya, sudah tentu orang akan menaruh harapan tinggi, bersandarkan reputasi ayah beliau dulu.

Tapi itu sebenarnya masalah dan tekanan yang bagus, mendorong beliau untuk terus dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi memenuhi amanah rakyat Kedah sebagai Menteri Besar.

Teruskan usaha DSMM, rakyat Kedah sentiasa mendoakan segalanya berjalan lancar. - #MMFC
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bukan mudah nak bawa nama Tun Dr Mahathir Mohamed - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top