Latest News

Monday 30 March 2015

Kerajaan Kedah Komited Jaga Kepentingan Tanah Rizab Melayu - Exco


Kerajaan Negeri Kedah komited menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim.

Beliau berkata bagi mencapai objektif itu, kerajaan negeri melaksanakan dasar yang menyaratkan TRM yang diambil untuk tujuan pembangunan perlu digantikan lebih lima peratus daripada keluasan yang telah dibatalkan.

"Contohnya macam pengambilan TRM untuk bina kompleks beli-beli, kalau 100 ekar contohnya kena ganti balik 105 ekar.

"Soal TRM, kerajaan negeri Kedah memang pertahankan, kami akan pastikan ia (keluasan TRM negeri) akan dapat dilipatgandakan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rizab Tanah Melayu di sini hari ini.

Badrol Hisham berkata ini selaras dengan apa disyaratkan dalam tujuh wasiat Raja-Raja Melayu pada 1957 agar nisbah TRM mencapai 50 peratus.

Katanya ketika ini Unit Perancang Ekonomi (EPU) Persekutuan sedang membuat kajian menyeluruh tentang keluasan sebenar TRM (di Semenanjung) atas arahan Majlis Tanah Negara.

Badrol Hisham berkata pihaknya turut sentiasa memantau dan mengenal pasti kadar sebenar keluasan TRM di negeri ini menerusi langkah kemas kini kadar keluasan TPM setiap tiga atau enam bulan sekali.

Selain itu, katanya kerajaan negeri turut memperkenalkan dasar baharu pada tahun lalu yang mensyaratkan pengambilan TRM untuk tujuan pembangunan projek perumahan tidak lagi dibenarkan.

"Cuma kalau nak buat hotel, resort, kilang dan projek khas, itu kerajaan negeri akan pertimbangkan, cuma kalau perumahan tak dibenarkan ... dasar ini untuk menjaga kepentingan TRM, untuk bangsa Melayu," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Komited Jaga Kepentingan Tanah Rizab Melayu - Exco Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top