Latest News

Saturday 14 March 2015

Jangan Ada ' Jemuan' Dalam Umno - Presiden Umno



Alor Setar - Konvensyen UMNO Kedah yang julung kalinya telah dirasmi oleh Datuk Sri Najib Tun Razak sambil ditemani oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah, Dato Paduka Ahmad Bashah, Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid, Dato Seri Azeez Rahim dan Dato Othman Aziz.

Apa yang menarik dalam ucapan Perasmian sebentar tadi,

YAB Datuk Sri Najib, berjanji akan membawa rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) ke mesyuarat kabinet.

Kata-kata beliau itu bagi menjawab kembali saranan Dato Seri Hj Mukhriz yang mahu Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan dan memberi kebenaran kepada Kerajaan Kedah membina Lapangan Terbang tersebut bagi menyuburkan lagi ekonomi di Kedah.

Selain dari itu Najib yang juga Presiden UMNO memberi nasihat para perwakilan, supaya jangan jadi 'jemuan' (hantu) dalam UMNO. Jangan cantas mencantas, jangan ada dua kumpulan dalam bahagian. Kerana tindakan itu akan melemahkan parti. Beliau juga mahu melihat parti UMNO di Kedah, lebih kukuh dan terus memenangi pilihanraya yang akan datang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jangan Ada ' Jemuan' Dalam Umno - Presiden Umno Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top