Latest News

Friday 6 March 2015

MBAS Turunkan Kadar Lesen Perniagaan - Datuk Bandar




Majlis Bandaraya Alor Setar hari ini menguatkuasakan kadar baharu bagi lesen perniagaan menggantikan kadar ditetapkan 1 Januari lepas, yang menerima banyak rungutan daripada para peniaga.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat kelmarin bagi menyelesaikan rungutan oleh kebanyakan peniaga berikutan kenaikan kadar lesen sehingga 200 peratus pada Jan lepas.

Ia melibatkan pemakaian Undang-Undang Kecil (UUK) MBAS iaitu UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, UUK Iklan, UUK Hotel dan UUK Pelesenan Penjaja dan Gerai MBAS.

Melalui kadar itu, ia turut melibatkan penurunan sehingga 80 hingga 90 peratus daripada kadar sebelum ini.

Mat Noh berkata, pihak MBAS memberi tempoh sebulan sehingga 31 Mac ini kepada mana-mana individu yang masih belum memperbaharuhi lesen mereka.

Peniaga yang ingin mengetahui kadar baharu secara lengkap yang telah ditetapkan boleh berhubung terus dengan MBAS. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MBAS Turunkan Kadar Lesen Perniagaan - Datuk Bandar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top