Latest News

Thursday 19 March 2015

UPUK Sentiasa Bantu Usahawan Kedah


Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berperanan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi di peringkat negeri dan negara. PKS kini berhadapan dengan pelbagai saingan dan cabaran dunia perniagaan yang memerlukan usahawan meningkatkan daya saing dan daya tahan bagi memastikan ianya kekal dalam dunia perniagaan.

Kerajaan Negeri Kedah sentiasa berusaha untuk membangunkan usahawan-usahawan yang progresif melalui pelbagai pendekatan merangkumi akses kepada maklumat, kewangan pasaran, infrastruktur dan lain-lain. Penubuhan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu para usahawan mencapai tahap daya saing dan daya maju yang tinggi.

Untuk rujukan lebih lanjut boleh lawat di http://upuk.kedah.gov.my/
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: UPUK Sentiasa Bantu Usahawan Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top