Latest News

Friday 17 April 2015

Jaga Kebersihan Elak Jangkitan H1N1 - Exco Kesihatan Kedah



Mengambil mudah soal kebersihan terutama semasa dan selepas batuk atau bersin boleh menyebabkan ramai dalam kalangan kita mudah dijangkiti penyakit berjangkit Influenza A (H1N1).

Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata kebersihan tangan dapat mengurangkan jangkitan pelbagai jenis penyakit kerana anggota badan itu boleh menjadi punca penyebaran kuman.

"Mencuci tangan perlu dilakukan terutama selepas batuk atau bersin kerana kuman akan berada di tangan tetapi paling penting sekiranya hendak batuk atau bersin perlulah mengikut etika kebersihan," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, tiada kes H1N1 dilaporkan di Kedah tetapi kerajaan negeri bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri mengambil langkah awal membuat pemantauan dan mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat.

Katanya masyarakat perlu melaporkan kepada pihaknya atau pihak kesihatan sekiranya terdapat mana-mana individu yang mengalami simptom H1N1 bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata virus H1N1 bukanlah virus yang baru seperti wabak Virus Ebola (EVD) atau Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) dan sesiapa sahaja boleh dijangkiti.
ngenai tatacara ketika batuk dan bersin dan penjagaan mencuci tangan dengan betul," katanya.

Terdahulu, Dr Leong ketika merasmikan Kempen Mengumpul Mainan Kanak-Kanak di HSB, berharap semua pihak dapat mendermakan mainan untuk diletakkan di wad kanak-kanak bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan mereka.

Beliau juga berharap sekolah di dalam hospital dapat direalisasikan selepas ini, untuk membantu memastikan mereka yang sedang dirawat tidak ketinggalan dalam pelajaran.

-- BERNAMA
"Individu yang mempunyai antibodi lemah paling mudah terkena jangkitan virus, jadi mereka perlu memberi perhatian lebih me
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jaga Kebersihan Elak Jangkitan H1N1 - Exco Kesihatan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top