Latest News

Sunday, 26 April 2015

Masa Saya Sudah Berlalu Untuk Ke Arena Politik - Tun M



Tun Dr Mahathir bersedia untuk membantu dan berkerjasama dengan kepimpinan sedia ada bagi memulihkan Umno sebelum pilihanraya umum akan datang.

"Kita mempunyai dua tahun setengah lagi untuk pilihan raya umum. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita boleh pulihkan UMNO dan juga parti rakan-rakan kita daripada masyarakat Cina dan India.

"Kita mesti bekerjasama antara kita supaya UMNO dapat dipulihkan semula," katanya

Tun Mahathir berkata selepas beliau meletak jawatan pada 2003, Barisan Nasional menang 90 peratus kerusi dalam pilihan raya umum berikutnya pada 2004.

"Tapi empat tahun selepas itu pada 2008, kita kalah lima negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah) dan satu Wilayah (Kuala Lumpur), jadi untuk pulih semula kena ada bantuan daripada orang-orang berpengalaman," katanya pada majlis 'Bicara Negarawan - Menyentuh Isu-isu Semasa' semalam.

Ketika ditanya sama ada beliau berhasrat kembali ke arena politik, Dr Mahathir berkata masanya sudah berlalu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Masa Saya Sudah Berlalu Untuk Ke Arena Politik - Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top