Latest News

Saturday 23 May 2015

1MDB - PDRM Sudah Panggil Beberapa Individu, Enggan Namakan Sesiapa


Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memulakan siasatan dan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan khas itu juga telah menerima beberapa maklumat baharu mengenai isu tersebut dan kesemuanya akan disiasat.

Menurut beliau, dalam masa yang sama pasukan yang dianggotai PDRM, Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara itu turut menunggu laporan penuh daripada Ketua Audit Negara.

“Siasatan ini dilakukan oleh Task Force PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara jadi kita masih lagi menjalankan siasatan termasuk meunggu lapopran daripada Akauntan Negara yang khabarnya akan menyelesaikan tugas mereka kerana kita pun tidak mahu bertindih-tindih, dia pun mahu menyiasat dokumen sama kita pun hendak dokumen yang sama jadi kelam kabut jadi biarlah satu-satu buat kerja dulu tapi dalam masa itu pasukan petugas khas ini melihat maklumat-maklumat terbaru dan kita dapat dan kita menjalakan siasatan,” ulas Khalid.

Khalid yang ditemui selepas Perhimpunan Pegawai Polis Awam PDRM ke-9 di Ipoh pada Jumaat bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai bilangan individu yang telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Who said nobody had been called yet?Cumanya kita tidak menghebahkan kepada satu dunia kita telah memanggil si polan si polan itu. Biarlah kita menjalankan tugas kita tanpa kita perlu memberitahu dunia apa yang kita dah buat, apa bila sampai masanya pengumuman kita akan buat pengumuman,I don’t need to say how many have been calledseperti saya sebut sebelum ini kes ini sedang disiasat oleh satu Task Force bukan sahaja PDRM, tiga agensi tadi dan biarlah kita buat tugas kita,” tambahnya.

Sumber berita astro awani online
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 1MDB - PDRM Sudah Panggil Beberapa Individu, Enggan Namakan Sesiapa Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top