Latest News

Monday 18 May 2015

Penambahbaikan Elaun Pengetua Dan Guru Besar Mampu Jadi Perangsang



Kenaikan 100 peratus elaun pengetua dan guru besar yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, diyakini mampu menjadi motivasi kepada mereka dalam menjalankan tugas.

Bagi Pengetua Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kartini Zakaria, 57, beliau amat gembira mendengar pengumuman tersebut yang disifatkannya sebagai satu rangsangan untuk bekerja keras.

"Syukur, alhamdulillah, ia satu motivasi kepada pengetua," katanya yang menjadi pengetua sejak 2001, ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pengetua Sekolah Menengah Agama Kedah, Salmah Ishak, 58, pula berkata perkara itu pernah disuarakan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, dan kini beliau bersyukur kerajaan mendengar luahan hati mereka.

"Pengetua baharu, lepas ini boleh kerja keras lagi, saya pun nak bersara dah," katanya.

Menerusi pengumuman Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran hari ini, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Penambahbaikan Elaun Pengetua Dan Guru Besar Mampu Jadi Perangsang Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top