Latest News

Monday 18 May 2015

Misi Besar Pelaburan Kedah Ke China Dan Jepun #KedahChina #KedahJepun



Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengetuai Misi Perdagangan dan Pelaburan Kedah ke China bermula 12 hingga 15 Mei dan seterusnya ke Jepun pada 17 hingga 20 Mei.

Di China, Dato' Seri Mukhriz menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan syarikat China, Qingdao Lu Hai Feng Investment Co Ltd (Lu Hai Feng) bagi memajukan Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT).

Ia bagi menjadikan Kedah sebagai pusat perikanan antarabangsa terbesar di Asia Tenggara khususnya bagi ikan tuna.

Selain itu, satu lagi MoU turut dimeterai antara China CAMC Engineering Co Ltd (CAMCE) yang syarikat milik kerajaan China, dengan rakan kongsinya dari Malaysia, KOSMO Group of Companies melibatkan kerjasama beberapa projek di Kedah khususnya sebuah stesen janakuasa.

Di Beijing pula, Dato Seri Muhkriz dan delegasi kerajaan negeri mengunjungi kilang kenderaan elektrik Beijing Auto International Cooperation (BAIC) yang juga antara pengeluar utama dunia kenderaan jenis itu, yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab mereka bagi pasaran di Asia Tenggara.

Bagi merealisasikan usaha itu, BAIC telah memeterai satu perjanjian kerjasama dengan syarikat Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd, di kilang BAIC.

Pengeluaran pertama kenderaan elektrik itu dijangka pada Julai tahun depan menerusi kilangnya yang akan dibina di Gurun, Kedah.

Misi itu turut menyaksikan satu lagi syarikat pengeluar kereta China, Great Wall Motors Co Ltd (GWM) yang memiliki jenama Haval dan Great Wall, memeterai MoU baharu dengan syarikat Malaysia, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto) bagi memperbaharui serta meningkatkan kerjasama mereka.

Go Auto terlibat dalam usaha pemasangan kenderaan GWM di kilang mereka di Gurun, Kedah.

Ketika ini Deligasi Pelaburan Kedah telah berada di Jepun bagi mencari dan menjemput syarikat-syarikat di Jepun melabur di Kedah. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Misi Besar Pelaburan Kedah Ke China Dan Jepun #KedahChina #KedahJepun Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top