Latest News

Monday 15 June 2015

Hargailah Pengorbanan Seorang Ayah - @MukhrizMahathir



Pagi ini Dato Seri Hj Mukhriz merasmikan Hari Bapa peringkat negeri Kedah. Dalam ucapan beliau sebentar tadi, menerangkan bahawa bapa juga harus dihormati selepas ibu kerana keduanya berjasa.

Antara yang menarik dalam ucapan Dato Seri,

Hadirin yang dihormati,

Ayah ... Abi ... Papa ... Daddy ... Fu Ching ... Appa ... Apai ... Bapa.... lain sebutannya, tetapi maknanya sama. Ia merujuk kepada insan yang kita kasihi dan sayangi, iaitu bapa. Tiada bapa tiadalah kita di dunia ini. Saya tidak menafikan jasa dan pengorbanan seorang ibu... Bagai kata pepatah, isteri merupakan tulang belakang kepada bagi setiap kejayaan suami, bapa kepada anak-anaknya. Jadi nasihat saya kepada bapa-bapa yang hadir hari ini, hargai dan kasihi isteri anda....Kepada isteri saya, Terima Kasih kerana sentiasa menyokong dan memahami saya.

Kepada semua bapa, saya ucapkan Selamat Hari Bapa. Nasihat saya, juga sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, jadilah bapa yang baik dan penyayang, menjadi idola serta teladan kepada anak-anak; bertanggungjawab dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera.

Dalam konteks keluarga Islam, seorang bapa wajar mencontohi sunnah Rasulullah, Nabi Muhammad SAW. Baginda amat menyenangi dan menyayangi kanak-kanak. Dalam mafhum sebuah hadith yang dicatatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi SAW telah mencium cucu baginda iaitu al-Hasan bin ‘Ali di hadapan khalayak para sahabat ridhwanullahi ‘alaihim ajma’iin. Lalu seorang sahabat yang bernama al-Aqra’ bin Haabis al-Tamimiy memaklumkan kepada Nabi SAW bahawa beliau mempunyai sepuluh orang anak namun beliau langsung tidak pernah mencium seorang pun daripada anak-anaknya. Lalu Nabi SAW memberi kata nasihat kepada beliau dengan sabda Baginda : “Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia tidak akan dikasihi”.

Begitu indahnya akhlak Nabi SAW dalam mendidik para bapa untuk mengasihi anak-anak mereka. Didikan terhadap anak-anak perlulah dilakukan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Apabila rasa kasih dan sayang hasil didikan Islam itu telah meresapi ke dalam jasad sesebuah institusi keluarga maka bunga-bunga kemesraan dan keharmonian akan segar mekar dalam jiwa setiap ahli anggotanya.

Turun bersama beliau, Timbalan Menteri Wanita Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan YB Exco Dato Suraya Yaacob





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hargailah Pengorbanan Seorang Ayah - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top