Selepas melihat sambutan bazar niaga di kaki lima Balai Seni Negeri yang di buka khas sempena berbuka puasa pot luck santai bersama Menteri Besar minggu lepas, Kerajaan negeri bercadang untuk meneruskan kewujudan bazar niaga untuk golongan muda dalam tempoh terdekat dilokasi itu.
Menurut YB Dato Mohd Rawi Abd Hamid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan, bazar tersebut akan beroperasi di sekitar dataran dan kaki lima Balai Seni Negeri.
" ia akan menjual pelbagai produk seperti kraftangan, makanan dan pakaian yang dihasilkan sendiri oleh golongan muda ini, dan ia memaparkan indentiti negeri jelapang padi".
"Bazar ini akan dapat tarik pelbagai golongan untuk berkunjung ke dataran yang terletak berhadapan dengan Masjid Zahir setiap hujung minggu. Pengunjung boleh dapatkan pelbagai barangan yang memaparkan identiti negeri ini," jelasnya.
Mohd Rawi berkata wujudnya bazar itu dapat mempromosikan negeri ini kepada masyarakat luar yang berkunjung ke negeri ini terutamanya pada musim cuti sekolah.
Beliau berkata pihaknya akan memohon kepada pengurusan Balai Seni Negeri untuk melanjutkan waktu lawatan bagi membolehkan pengunjung melawat balai seni itu pada waktu malam.
Katanya sebelum ini balai seni hanya dibuka bermula pada 8 pagi hingga 5 petang sahaja, yang ada pengunjung tidak berpeluang untuk melawatnya pada waktu siang.
"Kita tahu anak muda tak berminat untuk melawat balai seni, tetapi dengan adanya program seperti bazar tersebut mereka akan turut mengambil peluang melawat balai itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment