Pengerusi penganjur, Abdul Basir Ahmad berkata, ia diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping mengeratkan silaturrahim keluarga yang tinggal berjauhan di Taiping, Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan.
Selain itu, perhimpunan itu berusaha membentuk jaringan ‘net-working’ melalui media sosial yang dilihat mustahak dalam menyalurkan berita dan maklumat.
"Kita berharap dapat bertukar-tukar maklumat mengenai peluang pekerjaan sesama ahli keluarga di samping bermaaf-maafan antara satu sama lain sempena dengan hari yang baik itu," katanya.
Menu utama majlis itu ialah nasi daging bersama air asam yang dimakan dalam talam sejak dahulukala yang dipelopori oleh keluarganya.
Beliau berkata, rumah itu didiami ibunya dan perhimpunan itu berjaya mengumpulkan semula enam beradik anak Pak Cik Mat (Ahmad Ismail) Wan Kalsom (Pendang), Abduk Razak (Pendang), Abdul Khalid (Taiping), Abdul Wafi (Sungai Petani) Abdul Bari (Melaka).
Abdul Basir yang bertugas sebagai pegawai polis di Kelantan dan anak keenam keluarga itu berkata, ayahnya meninggal pada Disember 1978 dan adalah anak ketiga dari empat beradik.
Abang sulungnya, Hussin adalah pengasas Pondok Guar Chempedak, abang kedua, Hassan (Pondok Hampar) dan adiknya Wan Zainab adalah isteri kepada Wan Ibrahim (Pondok Gajah Mati).
"Ismail Mustafa (Tok Ayah Doi) berasal dari Pattani, Thailand adalah pengasas Pondok Gajah Mati yang terkenal sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an dengan muridnya datang dari Semenanjung Tanah Melayu, Selatan Thailand dan Indonesia," katanya.
Menurutnya, himpunan kali pertama keluarga Pak Cik Mat melibatkan kehadiran kira-kira 120 orang rentetan dari Himpunan Keluarga Hj Hussin (Pondok Guar Chempedak) yang diadakan pada Aidilfitri tahun lalu.
Beliau berharap program itu akan menjadi perintis kepada perhimpunan keseluruhan keluarga Tok Ayah Doi yang dianggarkan berjumlah l2,000 orang.
sumber berita sinar harian
0 comments:
Post a Comment